Astro Lancar Astro Tutor TV untuk Pelajar UPSR
Astro melancarkan Astro Tutor TV, sebuah saluran baru yang khusus untuk membantu para pelajar UPSR mengulangkaji peperiksaan mereka. Saluran yang boleh didapati dari 18 Julai hingga 23 September 2010 menawarkan kandungan yang berasaskan sukatan pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia dan perkhidmatan interaktif untuk keperluan para pelajar.
Selaras dengan komitmen Astro untuk menawarkan inspirasi dan peluang pembelajaran seumur hidup yang relevan melalui platformnya, saluran inovatif ini menawarkan tutorial 24 jam sehari untuk membantu pelajar UPSR mengulangkaji mengikut kemampuan dan keselesaan tersendiri untuk mereka mengulangkaji di rumah masing-masing.
ASTRO TUTOR TV menumpukan kepada subjek teras UPSR sperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matemetik dan Sains. Melalui pendekatan yang holistik untuk persiapan peperiksaan, program-program yang telah diatur membantu para pelajar menguasai tajuk yang sukar termasuk nasihat tentang strategi pembelajaran, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan. Kesemua empat subjek UPSR boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mata pelajaran Sains dan Matematik pula akan disediakan di dalam Bahasa Melayu dan Mandarin tidak lama lagi.
Kehadiran ‘butang merah’ di saluran interaktif ini membuatkan sesi ulang kaji menjadi lebih menarik dan menyenangkan apabila para pelajar berpeluang untuk menjawab kuiz mini dengan menggunakan alat kawalan jauh.
Juga, dengan satu sentuhan butang, fakta-fakta dan formula-formula akan segera muncul di skrin seperti serangkai kad imbasan. Pembelajaran interaktif ini tidak terhenti di skrin tv sahaja apabila laman sesawang Astro Tutor TV turut menyediakan ulangan pembelajaraan, kuiz dan ujian percubaan secara online.
Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Ketua Pendidikan di Astro berkata, “Program-program di Astro Tutor TV dibentuk dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi. Mereka mengabungkan pengetahuan akademik dengan pendekatan holistik kepada sikap pelajar. Astro Tutor TV direka untuk melengkapkan lagi pembelajaran di bilik darjah dan meningkatkan keyakinan diri.”
Pembelajaran akademik diseimbangkan dengan kandungan seperti SILAP LAGI, BIJAK BELAJAR, dan LULUS! SILAP LAGI ialah siri format pendek, yang menggunakan ibu jari sebagai ’watak’ yang mengajar para pelajar bagaimana untuk mengelakkan kesalahan yang biasa dilakukan di dalam peperiksaan dengan cara humor. BIJAK BELAJAR mengaplikasikan strategi guna-cuba seperti pemetaan fikiran dan kad imbasan. Di dalam LULUS!, lima orang pelajar yang berketerampilan berkongsi rahsia peribadi mereka tentang pengurusan masa dan motivasi diri.
Kajian global telah menunjukkan secara purata, para pelajar mampu mengingati sebanyak 50% apabila mereka melihat dan mendengar berbanding 10-20% apabila mereka membaca.
Tambahan, kajian juga menunjukkan bahawa teknologi baru memberi kesan pembelajaran yang lebih hebat dengan membenarkan pengguna untuk memiliki interaktiviti yang lebih besar. Kajian lain pula menunjukkan bahawa bentuk-bentuk pembelajaran multimodal pembelajaraan melalui media seperti televisyen dan internet telah terbukti untuk mencetuskan retensi mental dalam jangka panjang.
Yasmin menambah, “Untuk mencapai keputusan optimal, Astro mengesyorkan ibu bapa menjadi sebahagian daripada pembelajaran itu. Ibu bapa digalakkan untuk menyertai anak-anak mereka menonton Astro Tutor TV dan mencuba kuiz interaktif.
Sokongan dan dorongan ibu bapa dapat meningkatkan pembelajaraan anak-anak. Negara-negara maju sudah menggunakan program televisyen dan halaman sesawang e-pembelajaraan untuk membantu ulangkaji. Sebagai memenuhi tuntuan komitmen Astro dalam bidang pendidikan, kami mahu memberikan peluang yang sama di Malaysia. Melalui Astro Tutor TV, kami menyasarkan untuk membuat ulangkaji pelajaraan secara lebih menarik dan berkesan bagi pelajar UPSR di seluruh negara.”
Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara dari 18 Julai sehingga 23 September. Layari http://www.astro.com.my/ untuk sinopsis program dan jadual.
Untuk lebih informasi untuk TUTOR TV, pelanggan boleh menghubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my.
Guru Bahasa Malaysia ialah Dia Fadila. Seorang pensyarah yang berpengalaman, dia akan mengajar benda yang penting untuk kertas Pemahaman Bahasa Malaysia dan Penulisan. Jika kamu mempunyai kesulitan dalam penggunaan ‘dari’ atau ‘daripada’, atau mempunyai kebingungan antara ‘kata kerja tak transitif’ dan ‘kata kerja transitif’, Cikgu Dia Fadila sedia membantu! Cikgu Dia mempunyai pelbagai modal soalan peperiksaan, bermula daripada soalan yang senang kepada soalan yang sukar, untuk menguji seberapa baik anda didalam Bahasa Malaysia. Terdapat 10 episod Bahasa Melayu-Pemahaman dan 6 episod Bahasa Melayu-Penulisan. Jadikan UPSR Express sebahagian daripada ulangkaji anda hari ini!
0 comments:
Catat Ulasan