PPDa
Pendidikan Pencegahan Dadah |
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Visi Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”
--------------------------------------------------------------
Pengenalan Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam)
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:
1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.
1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan: a) Gejala fizikal � Berpeluh � Meremang bulu roma � Pening kepala � Menggigil (tremor)
� Keresahan � Insomnia - tidak dapat tidur � Kerisauan � Gangguan emosi dan perasaan
� Sentiasa ponteng kerja � Penurunan prestasi kerja � Digantung atau dibuang sekolah � Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan � Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam � Mencuri
Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:
� Mata merah � Insomnia - tidak dapat tidur � Hilang selera makan � Penurunan berat badan � Kemurungan � Cakap banyak � Tidak dapat mengimbang diri � Loya dan muntah � Mengetap gigi dan rahang � Peningkatan tenaga � Kerap menggosok hidung � Berpeluh berlebihan � Mengantuk � Menggunakan tandas terlalu lama Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.
Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.
_______________________________________________________ Sumber: Penyalahgunaan Dadah, http://www.sioloon.com/informasi-isu-terkini-f157/penyalahgunaan-dadah-t8627.htm, yang diakses pada 20 Disember 2010. |
Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak
Siapa yang gemar meninggalkan anak dengan video atau laptop yang terpasang dengan cerita kanak-kanak ketika kita ingin meninggalkanny sebentar?
Itulah yang saya lakukan dahulu. Ketika anak sulung mencecah 1 tahun, saya meninggalkannya di hadapan laptop dengan cerita kartun islam terpasang. Memang asyik. Ketika itu saya fikir, ia mampu meningkatkan tahap fokus anak.
Akan tetapi saya SALAH!
Saya kongsikan kepada semua agar kesalahan saya tidak diulangi oleh mana-mana ibu di luar sana.
Menurut kajian, kanak-kanak yang gemar menonton televisyen, akan menghadapi:
1. Kurang Tahap Fokus
Suatu cerita tidak kira kartun atau apa-apa sahaja, ia mempunyai satu ciri yang sama. Satu-satu ‘scene’ itu tidak akan ditanyangkan lebih 30 saat. Atau dalam bahasa mudahnya, gambar sering berubah-ubah. Hal ini memberi kesan terhadap fokus anak. Anak tidak diajar untuk fokus pada satu gambar sahaja, akan tetapi pada gambar yang sering berubah-ubah.
Berbeza dengan aktiviti anak yang dilakukan selepas lahir. Menunjukkan kad yang mempunya satu titik hitam di tengah sahaja. Aktiviti ini mampu meningkatkan tahap fokus anak disamping merangsang perkembangan penglihatan anak.
2. Pelajaran yang Merosot
Begitu juga dalam kelas, apabila tahap fokus anak mula kurang, maka pelajarannya juga akan merosot. Malah anak lebih gemar menghafal lagu-lagu dan cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen berbanding mata pelajarannya.
3. Obesiti
Hal ini banyak berlaku pada kanak-kanak di Negara luar. Di mana aktiviti menonton televisyen tidak langsung dikawal oleh ibu bapanya. Jadi, waktu makan, minum, tidur, semuanya di hadapan televisyen. Dan kanak-kanak begini kurang melakukan aktiviti fizikal lain. Malah ia memupuk sifat malas dalam diri anak.
Kajian yang dilakukan ini tidak semestinya berlaku kepada semua anak. Akan tetapi, jika anak kita masih lagi di peringkat kanak-kanak, lebih baik kita mendidiknya dari awal agar tidak terlalu bergantung kepada kartun atau cerita di televisyen sebagai alat memujuknya.
Televisyen sebenarnya mengganggu konsentrasi anak-anak dalam beraktiviti. Tidak kiralah apa aktiviti sekalipun, malah kadangkala, kita juga terganggu dengan kehadiran televisyen ini. Namun, saya tidak mengatakan ianya tidak bagus secara mutlak. Ada juga faedah dan kebaikannya, namun sebaiknya, kurangkanlah pendedahan televisyen ini kepada anak kecil.
Jika para ibu bapa berhasrat meninggalkannya sebentar samada untuk memasak, ke bilik air, bercakap telefon, atau apa sahaja, tinggalkan anak dengan permainan yang menarik di atas lantai. Ia jauh lebih baik jika sering dilakukan. InsyaAllah.
Moga beroleh manfaat daripada artikel ini.
Wallahua’lam.
Artikel Berkaitan:
KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH
Guru-guru boleh mendapatkan maklumat terkini tentang projek Kampus Astro serta jadual rancangan melalui laman web Astro dihttp://www.astro.com.my/kampusastro/default.asp