Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak


Siapa yang gemar meninggalkan anak dengan video atau laptop yang terpasang dengan cerita kanak-kanak ketika kita ingin meninggalkanny sebentar?

Itulah yang saya lakukan dahulu. Ketika anak sulung mencecah 1 tahun, saya meninggalkannya di hadapan laptop dengan cerita kartun islam terpasang. Memang asyik. Ketika itu saya fikir, ia mampu meningkatkan tahap fokus anak.

Akan tetapi saya SALAH!

Saya kongsikan kepada semua agar kesalahan saya tidak diulangi oleh mana-mana ibu di luar sana.

Menurut kajian, kanak-kanak yang gemar menonton televisyen, akan menghadapi:

1. Kurang Tahap Fokus

Suatu cerita tidak kira kartun atau apa-apa sahaja, ia mempunyai satu ciri yang sama. Satu-satu ‘scene’ itu tidak akan ditanyangkan lebih 30 saat. Atau dalam bahasa mudahnya, gambar sering berubah-ubah. Hal ini memberi kesan terhadap fokus anak. Anak tidak diajar untuk fokus pada satu gambar sahaja, akan tetapi pada gambar yang sering berubah-ubah.

Berbeza dengan aktiviti anak yang dilakukan selepas lahir. Menunjukkan kad yang mempunya satu titik hitam di tengah sahaja. Aktiviti ini mampu meningkatkan tahap fokus anak disamping merangsang perkembangan penglihatan anak.

2. Pelajaran yang Merosot

Begitu juga dalam kelas, apabila tahap fokus anak mula kurang, maka pelajarannya juga akan merosot. Malah anak lebih gemar menghafal lagu-lagu dan cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen berbanding mata pelajarannya.

3. Obesiti

Hal ini banyak berlaku pada kanak-kanak di Negara luar. Di mana aktiviti menonton televisyen tidak langsung dikawal oleh ibu bapanya. Jadi, waktu makan, minum, tidur, semuanya di hadapan televisyen. Dan kanak-kanak begini kurang melakukan aktiviti fizikal lain. Malah ia memupuk sifat malas dalam diri anak.

Kajian yang dilakukan ini tidak semestinya berlaku kepada semua anak. Akan tetapi, jika anak kita masih lagi di peringkat kanak-kanak, lebih baik kita mendidiknya dari awal agar tidak terlalu bergantung kepada kartun atau cerita di televisyen sebagai alat memujuknya.

Televisyen sebenarnya mengganggu konsentrasi anak-anak dalam beraktiviti. Tidak kiralah apa aktiviti sekalipun, malah kadangkala, kita juga terganggu dengan kehadiran televisyen ini. Namun, saya tidak mengatakan ianya tidak bagus secara mutlak. Ada juga faedah dan kebaikannya, namun sebaiknya, kurangkanlah pendedahan televisyen ini kepada anak kecil.

Jika para ibu bapa berhasrat meninggalkannya sebentar samada untuk memasak, ke bilik air, bercakap telefon, atau apa sahaja, tinggalkan anak dengan permainan yang menarik di atas lantai. Ia jauh lebih baik jika sering dilakukan. InsyaAllah.

Moga beroleh manfaat daripada artikel ini.

Wallahua’lam.

Artikel Berkaitan:

    Pendidikan Anak: Komunikasi Dua Hala Saat Menonton Televisyen
    Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak
    Ceritakan Kepada Anak Anda
    Bercerita kepada anak
    Keteladanan di Rumah, Impak Kepada Masyarakat

0 comments:

Catat Ulasan